Tuesday, 11 December 2012
Monday, 10 December 2012
Kebaikan BellaGene
BellaGene Gano Excel merupakan campuran minuman berperisa strawberi dengan kolagen. BellaGene diformulasi khas dengan kombinasi ekstrak KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS, BIJI ANGGUR, ALOE VERA dan VITAMIN C untuk membekalkan kolagen mudah cerna dalam bentuk yang sedia diserap oleh sel-sel badan untuk tahap kesihatan yang optimum. Ia juga dapat diserap oleh kulit sehingga ke bahagian dermis untuk menggalakkan pembentukan kolagen bagi tujuan memperbaiki struktur dan keanjalan kulit anda. Apa itu Kolagen? Kolagen merupakan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45 hingga 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang sedia ada. Jadi, semakin tua usia kita, semakin berkurangan kolagen dalam badan. |
Ekstrak KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS Kolagen terdapat dalam banyak sumber dan di antara yang terbaik adalah Kolagen Marin yang menjalani proses hidrolisis untuk membenarkan penyerapan yang lebih pantas ke dalam tubuh. Kolagen dalam bentuk asalnya adalah molekul bersaiz besar yang sukar diserap oleh tubuh manusia. “Hidrolisis” adalah proses di mana kolagen diuraikan kepada molekul-molekul lebih kecil yang dikenali sebagai “peptida kolagen”. Kolagen Marin Terhidrolisis membantu menstimulasikan penghasilan kolagen baru pada kulit dan memastikan metabolisma kolagen dikekalkan di tahap yang optimum. Ekstrak BIJI ANGGUR Ekstrak biji anggur kaya dengan anti-oksida Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang berfungsi membantu sistem tubuh badan meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel. Ekstrak biji anggur tinggi kandungan protein yang menjadi bahan utama dalam pembentukan tisu sokongan di dalam kulit. Ia juga berupaya meningkatkan daya penyerapan Vitamin C oleh badan dengan lebih berkesan. ALOE VERA Aloe Vera membantu penyerapan Vitamin C oleh badan. Ia bertindak sebagai anti-bakteria, anti-fungi, anti-virus dan anti-radang. Aloe Vera mengandungi banyak vitamin seperti A, B1, B2, B6, B12, C dan E, Asid Folik, Niacin dan garam galian yang membantu meningkatkan sistem imun badan. Aloe Vera berupaya meningkatkan kandungan kolagen badan dan seterusnya membantu mengekalkan kecantikan kulit agar kelihatan muda dan melambatkan proses penuaan sel. VITAMIN C Vitamin C penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen dalam badan. Ia sangat penting untuk tulang, gigi, pembuluh darah dan penyembuhan luka. Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon. Ia juga memiliki kesan antioksida untuk menentang radikal bebas. |
Thursday, 6 December 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)